
Luahan Rasa Hati:
salam..
Saya salah seorang pelajar IPTA yang pernah diajak oleh rakan-rakan sebaya saya menyertai UPTREND.. Apa yang saya lihat hari ini, mereka hanya diberi angan-angan kosong seperti untuk menjadi jutawan dengan mengaburkan kegiatan mereka dengan mengatakan menjual produk, tetapi pada masa yang sama mencari ahli seramai yang mungkin. Saya hairan dengan rakan-rakan saya yang taksub dengan sanggup membayar untuk menjadi ahli HINGGA MENCECAH RIBUAN RINGGIT hanya semata mata mahu mengejar keuntungan pada masa hadapan yang dijanjikan sebuah kereta Myvi dalam masa 3 bulan.
Apabila saya kaji dengan konsep perniagaan mereka yang mempunyai unsur skim piramid yang diputarbelitkan oleh pihak tertentu hingga menjadi skim hibrid. Sebenarnya skim ini diharamkan di Malaysia, tetapi kenapa masih wujud dan tiada ambil tindakan.Lebih membimbangkan lagi mereka boleh menyewa dewan di kampus IPTA untuk melaksanakan program mereka tanpa gangguan, ini membolehkan mereka meyakini pelajar-pelajar junior yang mula menjejakkan kaki ke IPTA supaya menyertai mereka dan akhirnya wang pinjaman PTPTN mereka hangus dek ditipu oleh ajen UPTREND ini.
Saya harap pihak PPIM harus segera sebelum nasi menjadi bubur. Habis rosak binasa bangsa melayu kita kerana mangsa yang paling ramai tertipu hingga tinggalkan pelajaran mereka.
Jadi saya nasihatkan kepada semua agar lebih berhati-hati dan ambil perhatian tentang perkara ini sebelum menyertai mana-mana bentuk perniagaan sebegini. Ambil perhatian dan pastikan pelan pemasaran yang dijalankan memberi keutamaan kepada jualan produk melalui networking dan bukannya dengan mencari dan mendapatkan keahlian (cari orang) dengan yuran keahlian yang tinggi.
Luahan Hati2:
Tuan/Puan: Berbagai cara sykt / org akan gunakan utk menarik perhatian pengguna / masyarakat kpd produk mrk. Cth. sijil halal palsu, pengiktirafan palsu dr kerajaan, majlis fatwa, jakim dll. Jadilah pengguna bijak. Kita menilainya. Sistem pemasaran dlm internet hampir semuanya termasuk U..... bukan jual produk. Mrk jual sistem. Produk diadakan utk mengaburi mata undang2. Begitu juga dgn byk sistem pemasaran internet yg lain. Mrk janjikan pendapatan 'real time', pendapatan harian puluhan ribu RM serta keuntungan drpd downline yg 'infiniti'. Cerita mereka dengarnya logik tapi yg untung hanya org atas shj. Mrk ini mempromosikan skim cepat kaya versi internet. Yg jadi mangsa mrk yg nak cepat kaya tapi usaha malas. Yg jadi mangsa mrk yg nak berniaga tp tak mahu jual produk.
Kpd yg benar2 ingin melibatkan diri dlm marketing & networking yg berlandaskan syariah islam layari http://myradix.wordpress.com
No comments:
Post a Comment